Thursday, February 12, 2009

pesanan Luqman kpd anaknya

sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dr pusaka nabi yg lalu iaitu:

-apabila engkau sdg solat, maka jagalah fikiranmu dgn baik
-apabila engkau brda d rumh org lain maka jagalah pndnganmu
-apabila engkau berada di tgh2 majlis maka jagalah lidahmu
-apabila engkau hadir dlm jamuan maka jagalah pergimu
-ingt kepada Allah
-Lupakan budi baikmu pada orang lain
-lupakan semua kesalahan org terhadapmu
-Ingat kepada mati

buat sahabatku, semoga dirimu dilindungi Allah S.W.T

teristimewa buat sahabatku yg bergelar nisa'

sahabatku,
sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta drpd tulang rusuk Adam yg bengkok untuk dlindungi dan disygi, bukannya dciptakan drpd kepala untuk disanjung atau dipuja, bukan pula diciptakan drpd kaki utk dpijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran drpd keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pd sang kumbang?

Renunglah pd keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sbg bentengnya. Dr kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yg berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sblm mendekatinya.

sahabatku,
akuilah hakikat kejadianmu yg menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan drpd tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tp syg tidak berduri. Kau tidak layak lg dimahkotakan sbg si mawar berduri. Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,
'Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain drpd fitnah yang berpunca drpd wanita.' Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah duhai sahabatku,
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sbg hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yg telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredaan Allah, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam'
'Wanita yg baik adalah untuk lelaki yg baik...'

Ya Allah, jadikan kami bidadari syurga...